Tuesday, December 18, 2018

Rosmah Hadapi Tuduhan Gres Tak Usang Lagi

Agen BandarQ
Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, dijangka dikenakan beberapa lagi tuduhan jenayah di mahkamah dalam tempoh terdekat dan ia berlaku kira-kira 40 hari selepas beliau didakwa untuk kali pertama bulan lalu.

Kali ini Rosmah dipercayai akan dikaitkan dengan projek hibrid solar untuk sekolah di daerah luar bandar di Sarawak.

Memetik sumber SPRM yang tidak dinamakan The Star mendakwa turut akan didakwa bersama Rosmah yaitu bekas pembantunya Rizal Mansor.

Pihak yang akrab dengan siasatan bagaimanapun enggan mendedahkan peranan Rosmah dalam projek terbabit dan butiran tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.

Isteri perdana menteri yang berprofil tinggi itu dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 4 Okt lalu. Beliau berdepan 17 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM7 juta.

Pada Jun kemudian Malaysiakini mendedahkan Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan BN menganugerahkan projek hibrid kepada sebuah syarikat berpangkalan di Bintulu, Sarawak.

Pemberian projek untuk 369 sekolah luar bandar itu didakwa dibentuk atas "arahan langsung" daripada Najib. Ia melibatkan dana sebanyak RM1.25 bilion.

Dokumen yang dilihat Malaysiakini juga mendakwa kontrak terbabit diberikan tanpa melalui mekanisme operasi standard Kementerian Pendidikan, serta proses perolehan yang sepatutnya.

Siasatan itu kemudian berkembang dengan menyaksikan beberapa pegawai direktur syarikat itu ditahan SPRM. Pembantu Rosmah dan Najib pula ditahan dan direman untuk disoal siasat pada Julai.

Ditanya sama ada bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid akan turut didakwa, sumber yang dipetik itu menjawab: "Belum lagi."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Rafizi: Aku Hampir Menang Dengan 3,000 Undi Di Julau

Agen BandarQ Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata ia hampir menerima 3,000 undi untuk bersaing dengan lawannya Mohamed Azmin Ali...