Monday, December 24, 2018

Najib, 2 Bekas Menteri Dijangka Hadapi Pertuduhan Baru

Agen BandarQ
Bekas perdana menteri Najib Razak, dua menteri, dan seorang bekas timbalan menteri, selain tiga yang lain dilaporkan akan berdepan pertuduhan dalam masa terdekat.

Berita Harian melaporkan Najib, bekas pegawainya, dan seorang bekas menteri akan berdepan dakwaan berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi sekolah di Sarawak.

Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Najib didakwa memberi instruksi kepada Kementerian Pendidikan pada 2007 untuk melantik secara eksklusif sebuah syarikat bagi projek hibrid solar bagi membekalkan elektrik kepada 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pegawai khas kepada Najib dan bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid sebelum ini disoal siasat oleh SPRM berhubung kes berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi bekas menteri dijangka disoal siasat berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor pada bulan kemudian mendedahkan bahawa dia disoal siasat SPRM sebanyak 12 kali berhubung siasatan penjualan tanah DBKL.

Bagi individu bekas timbalan menteri pula, dakwaan ke atasnya dijangka berhubung dakwaan penyelewengan RM25 juta dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Seorang anggota parlimen juga sebelum ini didakwa akan berdepan dakwaan mengaut laba berjuta ringgit dengan mengambil komisen dari projek kerajaan BN.

Sementara itu, New Straits Times semalam melaporkan, bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad juga dijangka berdepan dakwaan menyalahgunakan kuasa saat menerajui syarikat berkaitan kerajaan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Rafizi: Aku Hampir Menang Dengan 3,000 Undi Di Julau

Agen BandarQ Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata ia hampir menerima 3,000 undi untuk bersaing dengan lawannya Mohamed Azmin Ali...